Popular Posts

Sabtu, 27 Ogos 2011

Kumpulan Menyokong Majalah LUCAH MANGGA


Semakin lama semakin banyak melayu-melayu cemburu tumbuh bagai cendawan selepas hujan di malaysia. Melayu-melayu ini hanyalah melayu-tipikal. Ataupun lebih tepat melayu-muslim-kolot. Mereka tak faham nikmat enjoy. Mungkin ahti dan perasaan mereka dah ditutup akibat berzikir keterlaluan. Boleh jadi mata ahti mereka dah terkunci rapat akibat tak pernah tinggal solat. Mereka-mereka yang sangat kolot ini terlalu menyintai Allah swt tanpa mempedulikan nikmat keduniaan yang serba-serbi indah-indah belaka.


Namun bagi melayu-moden-seksi-enjoy, mereka peduli apa dengan melayu-melayu tipikal macam neh. Spesis susah di ajar. Cakap 10x pun tak guna. Mereka tetap tegar mempertahankan Alquran dan Sunnah Rasullulah saw. Takde masalah kalau mereka tak nak enjoy pun. Tapi masalah mulai timbul bila mana mereka mulai menghalang orang lain untuk enjoy. Dari situ mula lah timbul konflik. Ini yang melayu-moden-seksi nak marah neh!!


Sila tengok gambar-gambar yang meletup kat bawah ini ;











Gambar-gambar ini boleh di dapati dengan mudah di beberapa majalah hiburan yang sensasi. Tapi kalau nak aksi yang buka-buka, seksi-seksi, posing tepi kolam mandi, posing pakai bikini kena beli majalah kegemaran melayu-melayu moden iaitu MANGGA. Sebut betul-betul.. apa dia? MANGGA. Bukan MONGGO! Ataupun Monggolia!! Sengal lah korang neh!!


Untuk pengetahuan korang yang kolot neh, aku nak nasihatkan sedikitlah. Bukan apa, kalau korang terfikir nak boikot-boikot majalah mangga neh aku rasa baik korang lupakan sahaja hasrat korang tue. Kalau boleh sila bakulsampahkan hajat-hajat korang yang sia-sia tue. Lagipun aku ada nas2 yang sangat kukuh untuk membela penerbitan majalah mangga neh. Korang ada apa?


100 dalil kenapa mesti sokong Mangga


Agak-agak kalau korang tak takut di ISAkan takpelah korang leh teruskan niat dengki korang yang mahu memboikot mangga dan majalah2 hiburan porno yang best2 tue. Tapi kalau korang takutkan ISA lebih dari korang takutkan Allah swt so better 'move backward'! 


Majalah mangga neh diterbitkan oleh kumpulan Utusan. Tengok bawah neh ;






Sumber printscreen dari sini.


Utusan Malaysia pula dimiliki oleh Umno. Dan Umno ialah kerajaan kita. So gila ke korang nak menentang kerajaan secara terbuka? Tak takut kena tembak seperti dalam peristiwa memali ke? Nanti kena tembak sebab menentang kerajaan, ada faham??? Janganla suka-suki nak menentang kerajaan kita. Nanti korang semua dapat dosa (Aku ikut saranan ulama muda umno okeyh..). Korang neh aku rasa mesti tergolongan dalam kategori ajaran sesat. Umno pernah berkata dulu, kalau menentang kerajaan yang sah, mereka neh mesti sekumpulan dengan orang-orang yang sesat. So korang neh kumpulan ajaran sesat ke? (tak percaya tanya umno, PAS tue parti sesat, umno yg selalu bilang dalam tv okeyh.. sebab PAS menentang umno)




Di malaysia neh kami mengamalkan ajaran islam serdahana dan islam hadhari. So tak kisahlah samada artis2 melayu-muslim nak berbikini ke berseluar dalam ke apa ke, aku rasa tak mengangugugat kehidupan korang pun. Kalau kerajaan pun tak pernah tarik lesen mangga dan majalah2 hiburan yang lain, korang kesah apa? Korang tahu tak berapa ramai wartawan2 yang berkerja kat majalah mangga tue? Mereka semua mencari rezeki tahu tak? Kalau majalah mangga neh dihapuskan kat ceruk mana lagi mereka nak berkerja cari rezeki untuk tanggung anak bini makan? Apa? carilah rezeki guna cara halal? Eh.. tak halal ke jadi wartawan majalah mangga neh?Kami bukan jual babi dan arak pun. Eh silap.. jual babi dan arak pun takpe. Jangan minum. Kalau minum arak dan makan babi je baru masuk kategori haram. 


Ya, aku cakap benda betul. Anak mahathir jual arak, so mestilah jual arak tak haram. Babi pulak dah banyak kali dah bercampur dengan makanan halal kat malaysia neh. Kalau korang gila sangat nak makan makanan halal sila la cari product2 HPA tue. HPA tue aku malas layan. Banyak orang2 PAS dalam tue. Sebab tue la product HPA tue susah nak berkembang kat malaysia neh meskipun product tue 100% halal, islamik dan ciptaan tempatan. Heh. Coke juga yang aku sayang.. muhco-mucho gracious najib sebab nak bina kilang coke di malaysia. 


Kesimpulan nya janganlah boikot majalah mangga kalau korang benar2 melayu. Kalau korang benar2 islam mesti korang akan boikot habis-habisan. Heh..


Link-link kat bawah neh ialah link-link poyo. Ada ahti nak selamatkan akidah umat islam kat malaysia. Alahai poyo nya.. ingat kerajaan kita akan duduk diam diri je melihat korang2 yg poyo sakan neh.. Heh


Boikot Mangga yang sangat porno

Boikot rancangan hiburan kanak-kanak yang menyesatkan
Fadhil:Apa kena majalah mangga dengan bapok-bapok ni?? Hehehe..Selingan je ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.